Apa ya aku nak tulis...tadi bermacam-macam perkara terfikir nak cerita kat sini..tapi tiba-tiba blank pulak.
Sebenarnya aku nak cerita apa yangberlaku pada diriku disebabkan sidia dan kisah yang singkat itu...
Aku hampir macam orang gila (macam je..)..kalau boleh semua cerita, semua benda yang ada kaitan dengan dia, aku cuba cari..bukan nak cari rahsia..cuma dengan cara itu aku dapat hilangkan rindu untuk mendengar suaranya..rindu nak dengar berita dari nya..cuma rindu kan cerita terkini dari nya..aku sibuk nak tahu dimana dia sekarang..apa dia buat..huhu..yelah kalau dulu semua berita terkini di update kan sentiasa..hp sentiasa berbunyi (kalau tak di silentkan)..sekarang dia hilang..membawa diri dan perasaan ku jua..haishh.
Cuma..waktu yang sekejap itu dia muncul di malam itu...di alam maya..aku rasa seperti bermimpi..tapi aku yakin aku tidak bermimpi kerana jejak nya ditinggalkan di email ku..haha..ada bukti kau datang ..terima kasih kawanku...
Dulu..saat indah itu..aku tak pernah rasa mengantuk kat ofis..tak sempat nak mengantuk..kerana sentiasa mendapat berita darinya.ada sahaja cerita yang nak dikongsi bersama...sekarang ini..kalau rasa bosan sangat aku kacau H..sms dia..alhamdulillah..dia pun dah berubah..dan kadangkala rajin juga mengejutkan aku dengan sms nya...cuma..ahhh..biasalah perasaan itu tidak akan sama..
Aku tak tahu kenapa...aku rasa begitu senang berbicara dengannya..aku rasa banyak
chemistry yang wujud antara kami berdua..seperti kata-kata yang pernah aku baca
" Throughout life you will meet one person who is unlike any other.You could talk to this person for hours and never get bored, you could tell them things and they wont judge you.This person is your soulmate, your best friend.Don't ever let them go"
Tapi ayat yang last tu ..
Don't ever let them go...bukan kuasa aku...itu semua kehendakNYA.Yelah mungkin bukan sekarang..mungkin esok,lusa atau seribu tahun lagi baru aku boleh bersama dia dan never let him go...hmmm...we never know..kita tak tahu apa yang telah Dia rancangkan untuk kita..aku mohon yang terbaik...aminnn
Buat mu..sidia..jika kau membaca entri ini...aku berhenti mengharap ...tapi aku tak boleh menidakkan kuasaNYA..kita tidak tahu apa ada dikeesokan hari hidup kita..redha dan akur..
Buat H...jika kau terbaca entri ini...aku tidak akan meninggalkan mu..melainkan dengan kehendakNYA.
"THE BEST RELATIONSHIP USUALLY BEGINS UNEXPECTEDLY"