Tuesday, 17 July 2012
Aku Rindu....
Thursday, 5 July 2012
Dosakah aku...
"Mengapa berpaut pada kenangan, sedangkan impian boleh digapai"
Kupetik kata-kata ini dari satu Novel yang ku dah terlupa tajuknya..yang dibaca oleh staf.Ayat ini begitu jauh maknanya dan lantas kucoretkan pada sekeping kertas untuk memotivasikan diri sendiri.
Tapi..kenangan itu tak sama dengan impian yang boleh digapai..itulah masalahnya...
Aku hampir rasa nak pitam sejak akhir-akhir ini kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja ofis.Tugas sendiri yang tak terselesai ditambah menanggung tugas boss yang bercuti selama 2 minggu...hmmm..memang penat.
Namun dalam kepenatan itu hati dan perasaan ini masih boleh teringatkan si dia...perasaan rindu itu masih bertapak dihati..puas ku ingatkan hati dan perasaan ini,agar sedar dan takutkan NYA...adakah aku berdosa kerana masih teringatkan si dia?????????????????????????????????
Kalau baca soal jawab seoarng Ustaz (dari wall sahabat di FB), ada seseorang bertanya tentang dosakah dia kerana masih teringat kekasih lama walaupun telah berkahwin..jawab ustaz itu..sedangkan hilang selipar jepun pun asyik teringat..kerana itu soal hati..Hmmm bagaimana nak mentafsirkan maksud jawapan itu untuk orang se naif aku?
Sempena Nisfu Syaaban harini, aku nekad membuka buku baru dengan men "delete" contact dalam gtalk...walaupun perit bagai disiat perasaan dalam hati, aku terpaksa bertindak berani, berani melawan perasaan sendiri...maksudnya tiada cara lagi aku dapat melihat dia secara "online"..huhuhu..haishhh aku akan rindu kan dia...
Apakah agaknya perasaan nya ketika ini...mungkin sudah ada pengganti untuk ber sms, chat?menghilangkan rasa bosan dan sunyi..yang kadangkala datang pada setiap insan walaupun sudah berumahtangga dan mempunyai anak2...
aku bukan mencari alasan..tapi itulah realiti nya....
Subscribe to:
Posts (Atom)