Wednesday, 5 September 2012

TQ

Dua huruf ini cukup bermakna bagiku...setelah sekian lama dia diam membisu..terima kasih teman :)

Monday, 3 September 2012

Hanya Mimpi

Lama juga halaman ini sepi tanpa coretan dan luahan hati ini..Ini adalah kerana kesibukan menyambut hari raya dan juga hal2 keluarga yang perlu diselesaikan...

Kesibukan ini juga menyelamatkan diri ku dari terus mengenang kisah lalu dan memendam rasa bersalah...

Kasih sayang pada keluarga tidak pernah berkurang walaupun kadangkala badan ini tak terlarat melayan kerenah anak-anak..namun hati ku gembira...bila anak-anak buat hal..aku seakan mahu menangis dan entah kenapa pada sidia aku teringat dan terasa ingin mengadu...walaupun pada hubby juga aku mengadu...tapi perasaan nya lain..

Kini aku tak menaruh apa2 harapan palsu lagi dan aku tahu aku mula sedar dari mimpi2 indah dan kata-kata manis, puisi2 meruntun jiwa dsb.

Aku kembali ke alam nyata...mengharungi dugaan2 dalam perjalanan hidup yang kadangkala membuatkan aku menangis sendiri..dalam hati..dan hanya kepada NYA ku mampu berserah dan mohon kekuatan agar dapat terus menjalankan tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu dan pekerja.