Thursday, 29 November 2012

Rindukah dia?

Hmm....perasaan ini bermain-main semula dalam hati dan jiwa ini.

Kadangkala seolah dapat ku rasa, dia juga merindui ku...ahhh..mungkin aku sahaje yang berfikiran begitu..

Lupakan lah semua kenangan itu...tak bisa memiliki...



Tuesday, 27 November 2012

Aku sepatutnya rasa malu..

Aku tak tahu apa perasaan ini sekarang..aku sepatutnya malu dengan diri sendiri, malu dengan dia dan yang paling penting malu dengan Allah.

Aku tahu semua coretannya itu benar...tapi aku yang sendiri yang tak mahu terima kenyataan itu, hati ini terlalu degil, masih mengharap dan menanti hadirnya disisi...

Kepada Mu , Ya Allah, ku panjatkan doa agar sentiasa di beri kekuatan untuk melawan perasaan ini..

Friday, 23 November 2012

Teman bicara

Bosannya hidup ini bila semua benda atau kerja mengikut rutin..tiada yang luarbiasa, tiada yang istimewa.

Tak boleh kah dia menggembirakan hidup ini???

Aku tahu dia milik orang lain,aku cuma menumpang kasih, menumpang kekuatan dan semangat juang untuk meneruskan hidup ini yang kadangkala terasa amat memenatkan.Aku bukan mengeluh dengan nikmat yang Allah berikan...cuma cabaran dan dugaan itu kadangkala terasa terlalu berat untuk dipikul sendirian, tanpa teman untuk berkongsi rasa.

Kita bisa meluahkan di sini apa yang terbuku dihati tapi pada hakikatnya...adakah benar resah itu dapat diubati?

Jika punya teman hidup yang tak bisa menjadi teman bicara, bagaimana?

Thursday, 22 November 2012

Tersurat dan Tersirat

Sukarnya kadang-kadang nak memahami  kata-kata, tulisan dan hatinya...

Apa yang cuba di luahkan tak semestinya sampai kepada orang yang sepatutnya..yang tersurat tak sama dengan yang tersirat.

Apakah perasaan di hati sama dengan apa yang diluahkan?Apakah kata-kata atau tulisan itu jujur dari hati suci itu?

Aku masih tak faham....bukan tak mahu memahami tapi takut tersilap faham...

Monday, 12 November 2012

Apa itu Cinta?

"anda mempunyai corak emosi yang rumit"...itulah antara terjemahan/taksiran untuk diri aku. Bukan menilik nasib, tapi sekadar membaca rahsia diri sendiri...sebenarnya memang pernah seorang sahabat zaman persekolah dulu ( A-Level Program) melabelkan aku sebagai seorang yang complex..aku pun tak faham kenapa...adakah sebab aku kurang bersosial (itu memang prinsip aku..sebenarnya)..bersosial hanya yang kena pada tempatnya...atau sebab perwatakan aku yang nampak serius tapi sebenarnya aku ni boleh tahan lawak nya (orang kata la...)

Entri harini sebenarnya nak menceritakan betapa seakan aku percaya dengan tafsiran tersebut..perasaan aku memang cepat berubah..tapi bukan berubah dari sayang kepada benci..tidak semudah itu...

Semalam aku kata gembira, harini murung tapi esok aku akan gembira semula..itulah putaran roda emosi ku terhadapnya.Merajuk pada yang sudi..tapi aku ni nak merajuk pada org yang aku pun tak pasti sudi atau tak :).

Tapi harini aku tanamkan semangat baru..berkat doa mohon kekuatan dari Yang Maha Esa. Aku akan tabah mengharungi ujian perasaan ini kerana aku tahu Ada Mu Tuhan, yang sentiasa menjadi tempat kita meluahkan rasa resah gelisah disamping mohon kekuatan menghadapi apa sahaja dugaan dalam hidup.

Sejak aku kenali dia, teman ku..aku jadi seorang yang rajin membaca...dan banyak yang aku jumpa tentang Apa itu Cinta...

Kesimpulan nya..apa sahaja tafsiran seseorang tentang cinta...aku punyai tafsiran tersendiri tentang cinta. .Aku Memang Cinta Dia..sebenar-benarnya, forever and foralways.Insyaallah...kita akan jumpa jalannya...

Friday, 9 November 2012

Menyesal kah aku?

Bila tak berjumpa,sibuk berdoa agar dipertemukan...apabila Allah telah makbulkan doa..lain pula ceritanya.

Itulah manusia, tak pernah cukup dengan apa yang telah dikurniakan oleh Nya.

Aku bersyukur Allah makbulkan doaku..semalam aku gembira, namun harini aku murung semula.Apa yang tak kena dengan diriku ini, apa lagi yang kurang?

Mungkin solat ku perlu di baiki,kerana solat itu kunci kekuatan dan ketenangan hati.

Kadangkala rasa menyesal pula bila dipertemukan semula kerana aku tak bisa menepis kenangan lalu, mulut kata ya..tapi hati tidak..aku tak sanggup lagi rasanya menahan ujian sebegini...ujian perasaan yang sangat aku takuti. Kepada Mu tuhan, aku serahkan dan pulangkan perasaan sayang ini..hanya pada Mu ku berserah.

Thursday, 8 November 2012

Aku Suka Dia

Aku Suka Dia..hmm..macam tajuk lagu je kan...tapi memang aku suka pada nya..teman ku.

Aku tak tahu kenapa..mengapa..tapi jawapannya hanya ada dalam hati ini..jawapan yang aku juga masih tercari-cari.

Setelah sekian lama menyepi...dengan izin NYA..aku dapat berkawan semula dengannya..hmm memang indah hidup ini..semua percaturan NYA amat indah.

Inilah hadiah teristimewa apabila kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..redha dengan ujiannya.

Wednesday, 7 November 2012

Muara Hati ku...

Aku suka layan lagu Muara Hati. Seolah satu semangat yang bangkit bila mendengarnya.Mungkin kebanyakan yang mendengar akan berkata lagu ini sedih..syahdu...ya pada awal lirik nya memang syahdu, cerita tentang cinta yang terpisah...

Namun aku punya pandangan yang positif...kalau di halusi maksud lagu ini..kita akan dapat rasakan kegembiraan yang akan digapai di pengakhiran hidup cerita cinta ini...

-Muara Hati-
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
Ulang Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta